DETIK DAILY
MB BN berada dalam keadaan perit dan dilema, macam pepatah telan mati mak luah mati ayah. Dimana Zambry tidak menjawab soalan kedudukan Ganesan yang melanggar undang-undang Negeri Perak mengenai status sebagai peguam dimana sampai 27hb Ogos Ganesan masih pengamal peguam yang aktif. Jadi dia hilang kelayakan sebagai Speker, demikian penegasan Menter Besar Pakatan Rakyat Perak, DS. Muhammad Nizar Jamaluddin semasa berucap dalam Majlis Hari Terbuka Pakatan Rakyat di hadapan Pejabat PAS Perak disini
Nizar juga menjelaskan tindakan Ganesan "back dated" surat akuan bersumpah ke 6hb Ogos jelas menyalahi undang-undang, budak Pasti pun tak berani buat" tegasnya.
Beliau juga mendedahkan siak dan bilal memaklumkan kepadanya pada satu jamuan di Taiping saguhati RM500 tidak dapat lagi, sedang ianya dijanjikan Zambry dibayar sebelum hari raya lepas.
Ds. Nizar juga mengesahkan Sivakumar memiliki jubah dan songkok yang asli sedangkan Ganesan memiliki yang dicuri.
Disamping itu, beliau mempertikaikan sekiranya BN berkata benar, apa guna panggil polis kawal 500 meter disekelilingnya.
Beliau juga memohon pihak polis jangan masuk campur sidang DUN Perak, kami datang dengan surat dari Sivakumar Speaker yang sah.
"Akibat dari pelanggaran undang-undang maka DUN Perak mesti dibubarkan" tegasnya.
Akibat dari Speaker haram, maka surat haram, sidang haram dan bajet juga haram, jelasnya.
MB Pakatan Rakyat itu menyatakan sekiranya permohonan Speaker mengosongkan 3 kerusi diterima oleh SPR maka sudah lama krisis di Perak sudah dapat diselesaikan.
Kesan dari krisis ini pelabur asing segan nak datang ke Perak akibat keadaan tidak menentu.
Audit Negara juga telah memberi komen yang baik kepada Kerajaan PR Perak, tahap baik dan cemerlang.
Beliau juga berkata, Najib telah rasuah rakyat Perak untuk kumpul orang Perak, dengan 1500 bas, dengan belanja RM600,000.
"Kami akan serahkan kuasa kepada rakyat sekiranya saya menang pada 5 Nov ini dan saya cabar Zambry-bubar Dun" tegasnya.
Ds. Nizar mendedahkan defakto MB di Perak adalah SUK, Zamry boneka kepada Dato' SS, dia mengarahkan segala-galanya.
http://idhamlim.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan