SABAH KITA
YB. Azmin Ali, MP Gombak, yang mengepalai PKR Sabah sudahpun mengosongkan Kerusi No.1 PKR Sabah. Tempatnya diganti oleh Ahmad Thamrin Haji Zaini seorang veteran politik sejak zaman USNO lagi.Dari sudut perebutan kerusi no.1 itu, nampaknya jelas bahawa krisis kepimpinan dalam PKR selesai. Setidak-tidaknya perebutan mengisi kerusi No. 1 PKR Sabah itu sudah pasti reda.
Ahmad Thamrin dilihat sebagai orang yang loyal kepada pucuk pimpinan PKR dan merupakan satu-satunya yang menjadi perhubungan yang konsistant dan rapat dengan pucuk pimpinan PKR pusat sejak PRU12 berakhir.
Apakah keputusan PKR pusat ini akan mengundang krisis baru yang lain? Terlalu awal untuk diramal. Hanya mereka yang merasa diketepikan dari menjawat jawatan tinggi dalam PKR Sabah yang lebih faham.
Jika perlantikan Ahmad Thamrin ini akan mengundang krisis yang baru dalam PKR Sabah, maka benarlah bahawa perjuangan mereka yang selama ini “berjuang dalam PKR menegakkan prinsip dan ideologi politik” hanyalah omong kosong. Maka tidak keterlaluan dikatakan jika sebenarnya lah mereka berjuang “kerana kedudukan”.
Jika mereka mencetuskan krisis, seketika itu akan diikuti lagi dengan aksi membenamkan idelogi yang suatu mereka dulu laung-laungkan, apakah mereka mampu beraksi dan memperdagangkan ideologi sekali lagi kepada rakyat? Kita tunggu dan lihat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan