Khamis, 19 Disember 2013

Tourism Malaysia lancar peraduan foto pelekat TMM 2014

Oleh : REMY ARIFIN


SHAH ALAM : Tourism Malaysia melancarkan Peraduan Foto Pelekat/Sticker Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2014 bagi meningkatkan penerimaan kempen itu dalam kalangan rakyat tempatan dan ekspatriat secara serentak di seluruh negara, hari ini.

Peraduan itu akan berlangusng selama tiga dengan menyediakan pelbagai hadiah menarik termasuk pakej pelancongan domestik bagi 30 peserta yang berjaya setiap bulan bermula 1 Januari hingga 31 Mac 2014.

Tourism Malaysia

Bagi peringkat Selangor, program pelancaran itu dirasmikan Pengarah Tourism Selangor, Mohammad Nor serta disertai Unit Pelancongan Negeri, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan wakil Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) di Plaza Tol Batu Tiga, di sini.

Pelekat kenderaan TMM 2014 itu menampilkan gambar monyet proboscis yang juga maskot rasmi kempen berkenaan membabitkan 15 lokasi edaran iaitu enam lokasi tol dan satu kawasan rehat dan rawat (R&R) di bawah seliaan PLUS termasuk di negeri yang tidak dihubungkan lebuh raya berkenaan.

Dalam perasmian itu, Mohammad bersama wakil PDRM dan PLUS mengagihkan pelekat kenderaan TMM 2014 kepada pengguna lebuhraya di plaza tol berkenaan.

Untuk sebarang maklumat lanjut, sila hubungi Penolong Pengarah kanan Bahagian Pemasaran Domestik Tourism Malaysia, Ida Harlina Mohd Idris di talian 03-88918437 atau e-mel idaharlina@toursim.gov.my

Tiada ulasan: