Sabtu, 14 Disember 2013

Tee Keat lancar manifesto pemilihan presiden MCA

 

 

Dalam percubaannya untuk kembali merajui MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat hari ini melancarkan manifestonya, yang menurutnya produk maklum balas dari akar umbi.

Kira-kira 100 penyokongnya hadir di majlis pelancaran manifesto Ong  itu.

ong tee keat reveil manifesto 141213 04Para penyokong mungkin berkata pelancaran berprofil rendah
hari ini sebagai tanda kerendahan hati Ong manakala pengkritiknya pula mungkin menganggap ia tidak memberikan petanda yang baik sokongan terhadapnya.

Dengan berpakaian seragam MCA berkolar biru, Ong yang prihatin terhadap suasana itu berkata: "Ini bukan satu perhimpunan atau ceramah, ini hanya sidang media biasa".

Bekas presiden MCA itu, ketika melancarkan manifestonya, menyimpulkannya semuanya dalam tiga prinsip: Perkongsian sama rata dalam BN, kesaksamaan ekonomi dan keadilan, serta meritokrasi.

gan ping sieu reveil manifesto 141213 04Seorang lagi saingan Ong untuk jawatan presiden parti -
penyandang jawatan Naib Presiden MCA, Datuk Gan Ping Sieu, juga melancarkan manifestonya pada masa yang sama di sebuah hotel kurang 2km jauhnya dari situ.

Kemuncak pelancaran manifesto Gan ialah pengumumannya bergabung tenaga dengan calon timbalan presiden, Datuk Donald Lim dalam pemilihan parti itu pada 21 Disember ini.

Seorang lagi calon jawatan timbalan presiden, Datuk Wee Ka Siong, pula bergabung sokongan dengan Liow, menjadikan Ong  calon 'lone ranger' dalam pemilihan tersebut.

Tiada ulasan: