Khamis, 19 Disember 2013

Tampal Pelekat TG Nik Aziz Di Cermin Kereta Kena Saman


KELAB GREENBOC


Petaling Jaya: Gara-gara meletak kenderaan di kawasan larangan dan menampal gambar Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di cermin depan, seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) didenda oleh pihak berkuasa universiti berkenaan.

Insiden itu dipercayai berlaku di UiTM, Kampus Sri Iskandar, Perak.

Sebuah gambar kereta yang dikunci tayarnya, tersebar di laman media sosial selepas dimuat naik di Facebook Page, Nik Aziz, mendapat lebih 10,500 likes dan dikongsi 1,400 pengguna, dua jam selepas disiarkan pada pagi Khamis.

Rata-rata pengguna Facebook mengutuk tindakan pihak berkuasa universiti tersebut kerana dikatakan menyekat kebebasan untuk berpolitik.

Kesalahan yang dinyatakan dalam kertas saman itu bertulis, 'Meletak kenderaan di kawasan larangan' dan 'menampal pelekat Tuan Guru Nik Aziz - Ahli politik/PAS'.

Menurut sumber di institut pengajian awam berkenaan, sebelum kejadian itu berlaku, satu risalah dikatakan telah diedarkan bagi melarang pelajar-pelajarnya membawa fahaman politik kepartian ke dalam kampus.

Bagaimanapun, pegawai UiTM yang bertanggungjawab tidak dapat dihubungi dan kakitangan lain enggan memberikan sebarang komen. -mstar


Tiada ulasan: