Khamis, 19 Disember 2013

SD Mat Zain: Najib Razak sembunyi salah laku Gani Patail


Azuan Ab Rahman

MAT_ZAIN



KUALA LUMPUR : Datuk Mat Zain Ibrahim (kanan) didalam akuan bersumpahnya mendedahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah secara sengaja dan sedar menyembunyikan maklumat mustahak.

Dalam perakuan bersumpah tersebut, ‘maklumat mustahak’ yang dimaksudkan ialah salah laku jenayah bagi melindungi Gani Patail dalam kes pemalsuan laporan kes mata lebam melibatkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur itu, beliau telah mengirimkan maklumat lengkap bertulis disertai beberapa dokumen yang telah dipalsukan Gani Patail kepada Najib Razak pada Febuari 2009.

Namun menurutnya keputusan siasatan kes pemalsuan laporan tersebut oleh satu panel bebas telah terganggu.

gani_patail

Ini kerana Najib Razak menurut Mat Zain mempunyai masa yang cukup untuk mengedarkan maklumat yang sepatutnya dan bertindak menyembunyikan selain tidak menyalurkan maklumat-maklumat berkenaan kepada pihak berkenaan.

Kata Mat Zain dalam akuan setebal 31 muka surat itu, tindakan tersebut menyebabkan Gani dan seorang lagi individu terlibat terlepas dari didapati bersalah atas tuduhan pemalsuan laporan yang dilakukan.

Dokumen yang diserahkan kepada Najib itu antara lain menjelaskan peranan yang dimainkan oleh Gani dan seorang lagi individu yang terlibat dengan pemalsuan tersebut selain cara pemalsuan dokument siasatan tersebut dibuat.

Tiada ulasan: