Sabtu, 7 Disember 2013

Rais Yatim dan Karyawan Lawat Aziz Sattar

alt

Aqilah Radzuankaidi  


Penasihat Khas Sosial dan Kebudayaan Kerajaan, Tan Sri Dr Rais Yatim bersama Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN) Datuk Freddie Fernandez menziarahi seniman veteran Datuk Aziz Sattar, 89, yang menghidap masalah saluran jantung tersumbat.
 
Aziz yang kini menetap di kediaman anak bongsunya di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, kelihatan ceria dengan kunjungan itu walaupun beliau kini tidak boleh banyak bergerak kerana masalah kaki bengkak.
 
Beliau merupakan salah seorang seniman yang serba boleh dalam bidang seni sebagai pelakon, pengarah filem, pelawak serta penulis skrip sepanjang kerjaya beliau.
 
Aziz dikenali ramai menerusi lakonan hebatnya bersama Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan Allahyarham S Shamsuddin dalam filem Bujang Lapok, Pendekar Bujang Lapok dan Seniman Bujang Lapok.

Tiada ulasan: