Radhi Razak
KUALA LUMPUR- Bekas anggota Dewan Undangan Negeri Teratai,
Jenice Lee Ying hari ini menfailkan saman terhadap DAP, bagi memohon
pengisytiharan bahawa beliau masih anggota parti itu.
Lee, 33, menfailkan writ saman melalui Tetuan Harjit Sandhu di Pejabat
Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini dan menamakan Setiausaha Agung
DAP Lim Guan Eng sebagai defendan.
Lee dalam pernyataan tuntutannya memohon deklarasi supaya keanggotaannya dalam parti itu sejak 2001, dikekalkan.
Selain itu beliau juga memohon injunksi untuk menghalang defendan
daripada melucutkan keanggotaannya serta kos dan relif lain yang
difikirkan wajar oleh mahkamah.
Lee mendakwa pelucutan keanggotaannya oleh defendan, yang hanya diketahui melalui media pada 20 April lepas, adalah tidak sah.
Pada 5 Jun lepas, Lee memfailkan saman terhadap DAP berhubung pelucutan
keanggotaannya dalam parti itu, bagaimanapun pada 28 Okt, dia menarik
balik saman itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan