Khamis, 19 Disember 2013

Rafizi: Puluhan cukai GST di setiap peringkat penghasilan produk

SELANGOR KINI


PANDAN: Harga barang keperluan harian tetap akan naik ekoran kos pengeluaran barang terbabit dikenakan cukai barang dan perkhidmatan (GST) di setiap peringkat.

Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli, berkata antara contoh adalah penghasilan beras di kilang yang terpaksa melalui puluhan cukai GST di setiap peringkat.

Rafizi SACC black PKR

Kalau kita lihat penghasilan beras daripada sawah padi ke kilang, penggunaan jentera, mesin, eletrik di kilang, pembelian plastik pembungkusan, semuanya kena GST.

“Peniaga tak boleh membuat ‘tax return’ kerana beras adalah barang yang dikecualikan cukai. Pilihan yang ada adalah menaikkan harga barang untuk mengelakkan kerugian.

“Pengilang terpaksa menaikkan harga untuk menanggung kenaikan kos operasinya yang terbabit secara langsung dengan GST. Hakikatnya, walaupun barang ini dikecualikan daripada cukai, harganya tetap akan naik,” katanya yang dipetik daripada Keadilan Daily.

Beliau berkata demikian di hadapan lebih 300 hadirin dalam taklimat ‘Fahami GST, Tolak GST’ di auditorium Majls Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), malam tadi.

Rafizi berkata, syarat pematuhan yang lebih ketat juga akan memberikan kesan dalam peningkatan harga barang dan perkhidmatan.

“Setiap perniagaan yang ingin melaksanakan GST terpaksa menanggung kos baru seperti mengupah firma akauntan untuk memastikan rekod berkenaan cukai itu seperti invois dan resit dikemaskini apabila diaudit Jabatan Kastam. Ini akan menambahkan kos,” katanya.-NFN-

Tiada ulasan: