Selasa, 3 Disember 2013

NGO: Kerajaan terus tekan rakyat

 
Beliau turut difahamkan bil yang berjumlah RM90 ke atas turut akan dikenakan GST 6%. 




PETALING JAYA: Sebuah NGO tempatan, Jingga 13 menyelar pengumuman Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Malaysia  Datuk Seri Maximus Ongkili menaikkan kadar elektrik mulai 1 Januari depan kerana rakyat akan berdepan dengan kenaikan tarif elektrik .

Ini menjadikan tarif elektrik di Semenanjung Malaysia naik sebanyak 15 peratus atau 4.99sen setiap kilowatt, menjadikan harga baru untuk sekilowatt 38.53sen di mana harga sebelum ini 33.54 sen sekilowatt.

Manakala di Sabah dan Labuan pula, kadar baru naik sebanyak 5 sen, kata Ketua Kordinator Jingga 13, Fariz Musa.

Beliau turut difahamkan bil yang berjumlah RM90 ke atas turut akan dikenakan GST 6%.

Fariz menambah, selepas PRU 13 , Kerajaan Umno-BN telah menggunakan kedudukan dan kuasa mereka untuk terus menekan dan menzalimi rakyat.

Kenaikan harga petrol, gula, Astro dan kini kenaikan tarif elektrik serta bakal dituruti oleh kenaikan tol sudah pasti memberikan kesan yang amat ketara kepada rakyat.

Kerajaan Umno-BN di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Razak ternyata tidak mampu memberikan keselesaan dan rasa keprihatinan kepada rakyat.

Sebaliknya terus menzalimi dan memberikan bebanan yang bakal diterima oleh rakyat apabila turut akan berdepan dengan kenaikan harga barang makanan dan keperluan hidup ekoran daripada siri kenaikkan yang telah dan bakal dinaikkan.

Jingga 13 kata Fariz mendesak kerajaan Umno-BN menghentikan segala tindakan kenaikkan yang sudah pasti meletakkan rakyat akan terus sengsara dan menderita .

Jangan sampai rakyat bangkit, katanya.

Tiada ulasan: