MALAYSIA KINI
Bekas
ketua CID Kuala Lumpur Mat Zain Ibrahim disiasat Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM) semalam berhubung akuan berkanun (SD)
kontroversinya, terutamanya berhubung pemindahan wang ke akaun asing
ekoran kehilangan Pulau Batu Puteh.Beliau hadir ke SPRM Putrajaya pada jam 10 pagi dan keluar pada jam 7 petang.
"Saya sangat gembira dan berpuas hati berhubung bagaimana kenyataan saya dirakamkan oleh dua pegawai sangat kanan dan berpengalaman semalam.
"Saya tidak akan dedahkan apa yang saya beritahu mereka," katanya kepada Malaysiakini.
"Saya harap perdana menteri tidak akan bersembunyi di sebalik siasatan SPRM dan mengabaikan tanggungjawabnya untuk mendapatkan kebenaran Yang di-Pertuan Agong untuk membentuk RCI (suruhanjaya siasatan diraja) berhubung Pulau Batu Puteh seperti diakui SD dan juga sebuah tribunal untuk mengadili Peguam Negara Abdul Gani Patail semasa siasatan kes mata lebam."
Mat Zain membuat SD pada 7 Oktober dan memberikan salinannya pada Datuk Seri Najib Razak, Ketua Setiausaha Negara Ali Hamsa, Peguam Cara Negara Idrus Harun dan Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar berhubung pertemuan yang dihadirinya bersama peguam kanan Muhammad Shafee Abdullah dan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan