Rabu, 25 Disember 2013

Kumpulan media lancar kempen mansuh Akta Mesin Cetak & Penerbitan

KEADILAN DAILY

GERAMM



KUALA LUMPUR : Pengamal media yang terdiri daripada wartawan, penulis dan jurugambar melalui Gerakan Media Marah (Geramm) hari ini melancarkan kempen bagi memansuhkan Akta Penerbitan dan Mesin Cetak (PPPA).

“Mansuhkan permit penerbitan yang diwajibkan mengikut Akta Penerbitan dan Mesin Cetak (PPPA) yang tidak relevan lagi, malah ia dijadikan alat kawalan terhadap kebebasan pengamal media.

“Siasat semula dengan rapi insiden-insiden keganasan anggota-anggota polis terhadap pengamal media sewaktu perhimpunan Bersih 3.0 pada 2012,” antara kandungan petisyen Geramm dipetik.

mansuh_akta_mesin_cetak

Tegas Geramm, kerajaan digesa mendukung hak-hak kebebasan akhbar dan menarik penggantungan akhbar mingguan The Heat dan membenarkan beroperasi seperti biasa.

Geramm menuntut parti-parti politik, memberi akses sama rata kepada semua pengamal media tanpa pilih kasih untuk hadir membuat liputan berita dalam aktiviti atau sidang media masing-masing
Geramm turut menggesa kerajaan memohon maaf kepada pengamal media atas tindakan pencabulan hak kebebasan media selama ini.

Kempen bagi memansuhkan Akta Penerbitan & Mesin Cetak 1984 dibuat melalui tanda tangan petisyen dalam talian yang boleh dilayari melalui pautan ini.

Maklumat terkini, kenyataan media dan aktiviti Gerakan Media Marah (Geramm) boleh diiikuti melalui laman facebook dan twitter.

Tiada ulasan: