Saya masih berpendirian yang
berhimpun untuk menggulingkan kerajaan bukan cara yang boleh diterima ramai.
Lebih dari 50 peratus rakyat mahukan perubahan kerajaan tetapi lebih dari 50 peratus
dari rakyat juga tidak bersetuju menggulingkan kerajaan dengan cara berhimpun.
Tidak siapa yang tidak bersetuju
yang kerajaan hari ini wajar diketepikan tetapi unt
uk mengajak rakyat berhimpun secara besar-besaran bukanlah caranya untuk perubahan itu. Pertamanya tindakan itu merupakan tindakan yang kurang baik kerana cara berhimpun dan memaksa kerajaan itu berubah itu bukanlah satu tindakan demokratik yang baik.
uk mengajak rakyat berhimpun secara besar-besaran bukanlah caranya untuk perubahan itu. Pertamanya tindakan itu merupakan tindakan yang kurang baik kerana cara berhimpun dan memaksa kerajaan itu berubah itu bukanlah satu tindakan demokratik yang baik.
Keduanya kita telah berusaha
untuk menggulingkan kerajaan melalui pilihanraya tetapi keputusannya masih
berpihak kepada penyandang walaupun begitu hebat gerakan untuk mengenepikan
kerajaan hari ini. Kekalahan dan kegagalan pihak yang ingin mengambil alih
kerajaan tentunya bersebab.
Saya sendiri telah menjelajah
keseluruh negara membantu usaha untuk menggantikan kerajaan ini sebelum
pilihanraya yang lepas.. Tetapi dalam proses itu saya seperti orang lain juga
dapat mengenal pasti sebab kenapa pihak yang membangkang masih gagal untuk
mencapai niat menggantikan kerajaan yang rasuah dan tidak bermoral sekarang
ini.
Sebagai rakyat kita harus
memahami isu sebenar kenapa pembangkang menghadapi kegagalan dalam usaha mereka.
Kita cuba lakukan analisis yang realistik
dalam isu ini. Apabila kita mengatakan pimpinan kerajaan sekarang ini perlu
diganti, persoalan yang pertama yang harus dijawab ialah, siapa yang hendak
menggantikan pimpinan negara sekarang ini? Benar pimpinan hari ini amat tidak
sesuai untuk meneruskan pimpinan mereka, malahan kesemua yang ada dalam barisan
kepimpinan UMNO yang tertinggi itu menjadi persoalan besar kepada rakyat.
Tetapi jika hendak menggantikannya
siapa yang akan menggantikan mereka yang hendak diganti ini?
Adakah pasti nama-nama yang di sebut untuk menggantikan itu mempunyai moral dan kewibawaan yang secukupnya untuk menunjukkan kelainannya dari kepimpinan yang ada pada hari ini?
Adakah pasti nama-nama yang di sebut untuk menggantikan itu mempunyai moral dan kewibawaan yang secukupnya untuk menunjukkan kelainannya dari kepimpinan yang ada pada hari ini?
Apa kelainan yang perlu ada
kepada pihak yang hendak menggantikan mereka yang sekarang ini?
Pertamanya moral pemimpin yang
hendak menggantikan pemimpin yang kurang moral itu mestilah tinggi tanpa ada pihak
yang mempersoalkan kewibawaannya. Yang hendak dipimpin ini adalah negara
bukannya memimpin syarikat kilang padi atau persatuan sepak takraw.
Jika ramai dikalangan rakyat
mempersoalkan kewibawaan dan ramai yang mempunyai persepsi buruk terhadap
pemimpin itu, maka adalah terlalu tidak sesuai untuk dijadikan calon pengganti
kepada seorang Perdana Menteri. Ini isu serius. Isu moral jangan sekali-kali
diambil ringan dalam menentukan kepimpinan sesebuah negara.
Perjuangan dan apa yang terjangka
jika pembangkang memenangi pilihanraya serta mengambil alih negara ini ialah dari
segi asas perjuangan dalam pengisian kemerdekaan itu sendiri mesti berlainan.
Jika isu yang dibangkitkan terhadap kerajaan itu isu perkauman yang telah di
perbesarkan terhadap UMNO dan BN itu, penggantinya perlu membuktikan ianya
benar-benar lain dari apa yang terhasil dari perjuangan UMNO dan BN itu.
Isu perjuangan ‘multiracialism’
merupakan isu besar dan ada komponen di dalam Pakatan Rakyat itu sendiri tidak
lekang mulut pimpinan mereka mengakui partinya sebagai parti berbilang kaum,
tetapi apa yang kita nampak jelas ia merupakan pembohongan yang amat besar dan
terlalu jelas. Parti itu tetap dengan parti Cinanya dan ada sebuah negeri yang
dikuasai oleh parti ini, tidak mempunyai seorang pun wakil Melayu di dalam
Dewan Undangan Negeri nya.
Isu ini adalah isu berat kerana
ia menjelaskan pada pandangan dan persepsi ramai yang melayu dan bangsa lain
dalamnya hanyalah diperguna untuk menampal poster dan banting sahaja semasa
pilihanraya sahaja. Melayu dikaburi dengan jumlah peruntukan lebih dari RM60 juta
untuk majlis Agamanya. Sebuah negeri yang kaya tidak menjadi isu besar untuk
memberikan peruntukan besar untuk agama Islam itu, waimma untuk memperuntukan
RM100 juta sekali pun.
Yang mereka kehendaki ialah untuk
memegang kuasa politik ditangan kaum nya sahaja. Mereka memahami sikap dan
nilai orang melayu yang akan terpengaruh dengan peruntukan kewangan yang banyak
itu sudah memadai untuk menyenangkan hati dan jiwa mereka. Pada pendapat parti
itu, tidak seorang pun Melayu di negeri itu yang layak untuk duduk di dalam
Dewan Undangan Negeri nya. Melayu di negeri itu semuanya dianggap bodoh dan
tolol dan layak disuruh arah untuk menjadi penampal poster sahaja.
Maka tuduhan setengah pihak yang
mengatakan orang Melayu akan terpinggir itu sudah mula menampakkan kebenarannya
jika pembangkang dijadikan alternatif kepada kerajaan yang ada pada hari ini.
Oleh itu dengan persepsi ini, mana mungkin pihak ini dengan mudah boleh meminta
orang melayu khususnya untuk bertindak dengan risiko yang amat tinggi bagi
mereka itu? Melayu akan terus berfikir, ‘dari bangkong biarlah nangka’, maka
terus mengambil sikap tidak mahu melakukan perubahan yang mereka anggap amat
berisiko itu.
Orang melayu hampir terjerat
dengan strategi parti ini. tetapi hikmahnya bukan tidak ada. Hikmahnya, tuduhan
setengah pihak yang parti ini hanya bermain dengan retorik murahan itu sudah
ternyata benar dan kali ini amat payah bagi mereka melanjutkan janji dan
retorik mereka itu dalam pilihanraya yang akan datang.
Orang Melayu yang berduyun-duyun
mengekori mereka dalam pilihanraya lalu tidak akan keluar lagi seperti yang
mereka lakukan dalam PRU yang lalu, melainkan mereka berjaya mencari isu lain
untuk mengelirukan orang melayu dalam pilihanraya yang akan datang.
Parti ini telah menjadikan PAS
sebagai mangsanya. Isu nama Tuhan yang dimainkan oleh DAP dalam pilihanraya yang
lalu menjadikan PAS terpaksa berkedudukan ‘defensive’ dan sehingga habis
pilihanraya, isu ini tidak mampu ditangai oleh PAS kerana isu itu merupakan isu
yang sangat sensitif terutama sekali diluar bandar.
Oleh itu PAS terpaksa memilih
untuk mempercayai orang lain dari orang Islam untuk berurusan siasahnya atau
pihak Islam yang lemah didalam UMNO dan
BN itu jika PAS masih bermimpi untuk meningkat syiar agama Islam itu.
Setengah pihak sudah ada yang
berkata, lemah dan busuk mana pun UMNO itu, ia masih ada bau Melayu dan
Islamnya. ‘Cincang air tidak akan putus’, atau ‘sebusuk-busuk daging jika di
basuh boleh juga dimasak’.
Yang perlu 'daging yang terlalu
busuk dalam UMNO itu wajar dibuang' agar ia berhenti dari membawa wabak penyakit
rasuah, boros dan salah guna kuasa itu berterusan berlaku.
Kepimpinan kedua-dua pihak tidak meyakinkan. Teruskan berintrospeksi. Buat yang ada sekarang pilihan kita adalah diantara yang pekak dan yang bisu, atau diantara yang berkurap dan yang berpanau.
Kepimpinan kedua-dua pihak tidak meyakinkan. Teruskan berintrospeksi. Buat yang ada sekarang pilihan kita adalah diantara yang pekak dan yang bisu, atau diantara yang berkurap dan yang berpanau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan