Ahad, 15 Disember 2013

Guan Eng : BN Parti Tidak Berprinsip

 Aqilah Radzuankaidi


alt

 

SHAH ALAM  - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menuduh Barisan Nasional (BN) sebagai parti yang tidak berprinsip dan mewujudkan perasaan benci dan bersikap perkauman sesama bangsa dan agama.

Beliau berkata, BN adalah sebuah parti yang tidak bertanggungjawab dan menyalahkan “tsunami cina” kerana BN menang hanya 47% manakala lagi 51% Pakatan Rakyat pada Pilihanraya Umum (PRU 13).

“BN memang sebuah parti yang tidak berprinsip, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak beri slogan 1 Malaysia, tetapi apabila berada di bawah pimpinan UMNO cakap 1 Melayu.

“Laungkan slogan 1 Malaysia kemudian, salahkan “tsunami cina””  kerana BN hanya menang 47% , dan mempersoalkan pengundi Cina kerana tidak mengundi BN, sedangkan pengundi Cina hanya 25% sahaja,”katanya di Konvensyen Biasa Negeri DAP Selangor, Shah Alam.

Tambahnya, selagi kerajaan dikuasai parti BN maka rasuah semakin berleluasa di Malaysia.

Guan Eng dengan tegas berkata, memandangkan BN cuba untuk mengelak dan menutup kegagalan kerajaan membendung masalah rasuah, maka BN telah menaikkan isu lain seperti perkauman dan agama

“Disebabkan hutang negara yang meningkat, BN tiada sebarang pilihan selain menaikkan harga barang seperti minyak, gula, cukai pintu, dan yang terbaru tol, kenaikan barang ini membebankan rakyat dengan kos sara yang semakin tinggi,” jelasnya.

Tiada ulasan: