Ahad, 15 Disember 2013

Adi Putra Jawab Kontroversi Skandal Gambar Lucah

Safiq Yaacob

alt
 


Pelakon Mohamed Hadi Putera Halim atau lebih dikenali sebagai Adi Putra yang dipalit dengan kontroversi mengenai isu yang mengatakan beliau telah menghantar gambar lucah kepada seorang perempuan memberitahu bahawa kes tersebut telah selesai.

Adi berkata, pihak peguamnya telah menerima keputusan rasmi daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) bahawa kes tersebut telah dianggap selesai dan tiada tindakan selanjutnya akan diambil.

"Selepas siasatan selesai, keputusan rasmi hasil siasatan kes ini adalah diklasifikasikan sebagai 'no futher action' (NFA) dan ini jelas bermaksud tiada apa-apa pertuduhan ke atas diri saya.

"Semasa siasatan dijalankan, saya telah memberikan kerjasama sepenuhnya dan saya juga tidak membuat sebarang kenyataan atau komen yang boleh mengganggu siasatan pihak polis," katanya semasa sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.
 
https://www.youtube.com/watch?v=RGrcRTkhI5Q
 
Berikutan itu, Adi menegaskan bahawa sebarang kenyataan yang dibuat untuk mengaitkan dirinya dengan isu tersebut akan dianggap sebagai cubaan menjatuhkan reputasinya.

Katanya, tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang cuba mengaitkannya lagu dengan kes tersebut.
 
alt
 
"Sebarang kenyataan atau artikel bertulis yang bertujuan mengaitkan saya dengan alegasi-alegasi yang dibuat oleh pengadu dengan niat menjatuhkan maruah saya adalah salah di sisi undang-undang.

"Saya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang ke atas mana-mana pihak yang menggunakan media cetak atau media elektronik semata-mata untuk merosakkan kerjaya saya.

"Saya menegaskan aduan yang dikaitkan dengan diri saya ini telah selesai dan janganlah ada mana-mana pihak yang cuba menimbulkannya lagi," ujarnya.
 
alt
 
Sementara itu, isteri Adi Putra, Aida Yusof berkata, beliau sebagai isteri kepada Adi sentiasa menyokong dan tidak mempercayai tuduhan yang dilemparkan kepada suaminya selepas mendengar mengenai isu tersebut.

Katanya keputusan rasmi dari pihak PDRM tersebut merupakan suatu kelegaan bagi dirinya dan menyarankan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab tidak akan memanjangkan isu terbabit.

"Saya mengamalkan prinsip kesabaran, saya sebagai seorang isteri sentiasa ingat bahawa aib seorang suami itu masing-masing perlu jaga dan disebabkan itu saya tidak mudah mempercayainya selepas mengetahui kenyataan dari pihak yang satu lagi.

"Saya juga tidak merasa tertekan kerana saya tahu keadaan yang sebenarnya walaupun gosip yang pertama kali  menyerang kami ini melibatkan pihak PDRM.

"Saya rasa lega selepas keputusan tersebut berpihak kepada kami dan saya rasa pengadu tidak perlu mengaitkan suami saya lagi dalam perkara tersebut," katanya.

Tiada ulasan: