Isnin, 19 Oktober 2009

Laporan terhadap isteri Menteri Kesihatan dirujuk kepada SPRM

BERNAMA


PUTRAJAYA: Polis telah merujuk laporan terhadap isteri Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkaitan dakwaan yang terkandung dalam surat yang disiarkan dalam Internet kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Timbalan pesuruhjaya SPRM Datuk Abu Kassim Mohamed mengesahkan hari ini bahawa polis telah merujuk kes itu kepada SPRM dan suruhanjaya itu sedang mengkajinya.

"Kita telah menerima maklumat itu daripada polis. Kita sedang mengkaji laporan itu dan akan menyiaasat perkara tersebut," katanya pada persidangan akhbar di sini.

Beliau enggan mengulas lanjut mengenai isu itu, dengan mengatakan kerahsiaan dalam siasatan tersebut perlu dijaga.

"Sabarlah dan jangan buat spekulasi mengenai apa-apa. Biarlah kita jalankan kerja kita," katanya.

Semalam, Anggota Parlimen Segambut, Lim Lip Eng membuat laporan polis terhadap isteri Liow, Datin Seri Lee Su Loo berkaitan dakwaan itu dalam internet yang terkandung dalam sepucuk surat yang tidak ditandatangan bahawa beliau menerima sebuah kenderaan pelbagai guna daripada sebuah syarikat yang sentiasa terbabit dalam projek kementerian itu.

Tiada ulasan: