Sabtu, 10 Oktober 2009

Kontraktor PKFZ buat laporan polis

BERITA HARIAN ONLIEN


KUALA LUMPUR: Kontraktor utama projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) membuat laporan polis semalam mendakwa masih ada dokumen berhubung pembabitan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat dalam kelulusan pembayaran untuk projek itu yang tidak diserahkan bagi membantu siasatan.

Laporan itu dibuat berikutan penyiaran dua surat dalam laman pkfz.blogspot.com baru-baru ini, termasuk surat Ong kepada Perdana Menteri (ketika itu), Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi merangkap Menteri Kewangan, memohon bayaran RM1.2 bilion diluluskan untuk projek itu pada 10 Mei 2008.

Dalam surat itu, disertakan sokongan dan perakuan jumlah itu untuk kelulusan pembayaran seperti dituntut syarikat kontraktor bagi bayaran perunding dan kos berkaitan.

Surat kedua adalah balasan daripada Timbalan Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri, Datuk Ahmad Nazri Yusof bertarikh 14 Mei 2008, memaklumkan kerajaan menerima cadangan meluluskan pembayaran itu.

Tiada ulasan: