PATTANI: Masyarakat Islam di Pattani, selatan Thailand hari ini mengadakan solat hajat bagi memohon keselamatan buat rakyat Malaysia susulan musibah banjir yang melanda.
Solat hajat itu diimamkan, Imam Besar Masjid Jamek Pattani, Abdul Razak Wangsoh di Masjid Jamek Pattani selepas solat Jumaat.
"Kami sedih dengan musibah banjir yang melanda Malaysia. Kami di sini mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan semua rakyat Malaysia yang terjejas. Kami berdoa agar keadaan cepat pulih," katanya.
Abdul Razak berkata Masjid Jamek Pattani turut mengumpul bantuan bagi mangsa banjir di Malaysia.
"Bantuan dari Masjid Jamek dan badan bukan kerajaan (NGO) akan diserahkan kepada Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Muhammad Ridzuan Abu Yazid pada Isnin," katanya. – BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan