Ahad, 26 Disember 2021

Proses pembersihan pasca banjir di Selangor capai tahap 50 peratus

azrulhakimie

Usaha dipergiat bagi kawasan yang belum capai tahap memuaskan

SHAH ALAM, 20 Jamadilawal 1443H, Sabtu – Proses pembersihan pascabanjir di beberapa kawasan di Klang dan Shah Alam sudah mencapai tahap 50 peratus.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari menerusi ciapan di Twitter rasminya memaklumkan susulan itu juga, beliau telah mengarahkan supaya proses tersebut disegerakan terutama bagi kawasan yang belum mencapai tahap memuaskan.

“Kita (kerajaan negeri) telah berhubung dengn beberapa pihak untuk tambah jumlah lori (untuk proses pembersihan). Saya juga memberi arahan agar proses kerjasama dengan sukarelawan dan badan bukan kerajaan (NGO) dipermudahkan.

“Kerajaan negeri ingin selaraskan agar koordinasi lebih tersusun bagi mengelakkan pembaziran dan koordinasi ini juga penting bagi tujuan keselamatan para sukarelawan,” katanya menerusi ciapan tersebut. – Bernama

Tiada ulasan: