Khamis, 23 Disember 2021

Polis nafi tular air Empangan Batu dilepaskan

MALAYSIA POST
Polis nafi tular air Empangan Batu dilepaskan

POLIS menafikan berita tular di media sosial mendakwa pihaknya mengarah penduduk di Kampung Sungai Tua, Tanah Gantian mengosongkan rumah mereka berikutan pelepasan air Empangan Batu akan dilepaskan perlahan-lahan, hari ini.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata pihaknya tidak pernah mengeluarkan kenyataan tersebut yang disifatkan salah faham di kalangan penduduk.

Zainal berkata pihaknya mengesan dakwaan itu ditularkan pengguna akaun Facebook dikenali Batu Caves di Hatiku yang mengeluarkan kenyataan itu kira-kira jam 6 petang, hari ini.

Justeru, polis menasihatkan orang awam menjadi pengguna media sosial yang bijak dan bertanggungjawab serta tidak menyebarkan berita yang tidak sahih sehingga boleh membangkitkan kegusaran dalam masyarakat.

“Tindakan tegas boleh diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja menyalah gunakan media sosial dengan menyebarkan berita palsu,” katanya dalam kenyataan, hari ini. – Malaysiapost

Tiada ulasan: