Oleh Zuhayati Yazid
Jika produk lain kerajaan bolèh pula laksana skim kawalan harga
BANGI – Harga lantai perlu diperkenalkan bagi melindungi hasil tanaman golongan petani, termasuk mengelakkan lambakan hasil yang diusahakankan.
Malah, tindakan itu sekali gus dapat mengurangkan risiko kerugian besar kepada golongan petani
Pengasas Malaysian Agropreneur Network, Amy Ashraff yakin harga lantai menjadi keperluan utama dan perlu dilaksanakan segera supaya tidak berlaku isu manipulasi harga.
“Ia penting supaya tidak timbul kes melibatkan orang tengah yang cuba memanipulasi harga selain memberi jaminan harga makanan mestilah berpatutan kepada pengguna.
“Sekiranya produk-produk lain, kerajaan boleh perkenalkan skim kawalan harga kenapa produk pertanian pula tidak diperkenalkan?,” soalnya.
Beliau berkata demikian ketika menjadi panel program Dimensi yang bertajuk Barang Asasi Semakin Mahal, Apa Solusi? yang disiarkan secara langsung di TV Pertiwi, malam ini.
Mengulas lanjut, Amy tidak menafikan berlaku pertindihan tugas antara agensi kerajaan sehingga menyebabkan berlakunya kekalutan dalam penetapan harga.
Justeru, kerajaan perlu meneliti semula supaya tidak menggangu tugas di peringkat dasar dan menjejaskan agenda baharu dalam usaha melestarikan produk pertanian.
Pautan Dimensi ;
https://www.facebook.com/TvPertiwi/videos/613769599972262/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan