MGF04122021_PERSIDANGAN-PARTI-GERAKAN-RAKYAT-MALAYSIA20211124_0002
Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin (tengah)bersama Presiden Nasional Parti Gerakan Rakyat Malaysia, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai (kanan) dan Penasihat Parti Gerakan Rakyat Malaysia, Datuk Seri Mah Siew Keong (kiri) mengangkat tangan sambil melaungankan 'Satu Hati' pada Persidangan Perwakilan Nasional Ke-50 Parti Gerakan Rakyat Malaysia di Menara PGRM, Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ

KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin optimis bahawa Perikatan Nasional (PN) akan menjadi gabungan politik pilihan rakyat pada Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15).

Pengerusi Perikatan Nasional itu berkata, keyakinan tersebut  berdasarkan PN menawarkan pentadbiran yang prihatin rakyat dan berintegriti selari dengan nilai dan aspirasi majoriti rakyat di negara ini.