Khamis, 2 Disember 2021

Juara Piala Malaysia, Wilayah Persekutuan cuti umum Jumaat ini

Shahidan Kassim meraikan kejayaan KL City FC muncul juara Piala Malaysia bersama Penaung KLFA, Tan Sri Annuar Musa dan Datuk Seri Faizal Azumu malam tadi./ Gambar FB Shahidan Kassim

KERAJAAN bersetuju supaya hari Jumaat ini diisytiharkan cuti umum di seluruh Wilayah Persekutuan termasuk Putrajaya dan Labuan.

Perkara ini diumumkan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim menerusi satu kenyataan hari ini susulan kejayaan KL City merangkul kejuaraan Piala Malaysia 2021 semalam.

“Kemenangan semalam adalah pencapaian terbaik buat KL City FC setelah 32 tahun penantian untuk menjuarai Piala Malaysia, yang mana kali terakhir kemenangan adalah pada 1989.

“Justeru, adalah dimaklumkan bahawa kerajaan telah bersetuju supaya hari Jumaat 3 Disember 2021, diisytiharkan sebagai Hari Kelepasan Am Tambahan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sempena kejuaraan pasukan KL City FC,” katanya.

Menurut Shahidan, ppengisytiharan Hari Kelepasan Am Tambahan itu dibuat selaras dengan subseksyen 9(2) Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369) bagi Wilayah Persekutuan.

Tiada ulasan: