Jumaat, 24 Disember 2021

Cuaca buruk di beberapa negeri malam ini

Oleh FITRI HAZIM 
 
 Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah malam ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, cuaca buruk bagi negeri yang terlibat dijangka berlaku sehingga pukul 8 malam ini.

“Di Kelantan, kawasan yang terlibat adalah Jeli dan Kuala Krai.

“Di Terengganu pula, ribut petir dijangka melanda Dungun dan Kemaman sementara di Pahang cuaca buruk dijangka berlaku di Kuantan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah kenyataan itu, kawasan yang dijangka dilanda ribut petir di Johor adalah Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

“Keadaan cuaca buruk juga diramalkan berlaku di Sarawak melibatkan kawasan Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Sri Aman dan Betong manakala di Sabah pula kawasan yang terlibat adalah di Pedalaman (Beaufort), Pantai Barat, Tawau, dan Kudat (Kota Marudu),” ujarnya. -K! ONLINE

Tiada ulasan: