Jumaat, 3 Disember 2021

Bilangan peniaga platform Shopee meningkat lebih 2 kali ganda bagi 2021

MALAYSIA NOW

80 peniaga tempatan yang menyertai Shopee pada 2021, berjaya menjana jualan lebih RM1 juta.

Shopee terus menyaksikan lebih ramai rakyat Malaysia mengalihkan, atau memulakan perniagaan mereka dalam talian, memandangkan jumlah peniaga di platform tersebut meningkat lebih dari dua kali ganda dalam masa setahun.

Menurut syarikat itu, ia menunjukkan peningkatan penglibatan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dalam ekonomi digital berikutan kebergantungan pengguna yang semakin meningkat pada e-dagang dan pembayaran digital.

Peningkatan bilangan peniaga Malaysia juga telah merancakkan pertumbuhan e-dagang mereka bersama Shopee.

“Malah, 80 peniaga tempatan, yang telah menyertai Shopee pada tahun 2021, berjaya menjana jualan sebanyak lebih RM1 juta hanya dalam tahun pertama mereka di platform tersebut.

“Sebahagian daripada peniaga berasal dari kawasan luar ibu negeri dan bandar-bandar utama seperti Hutan Melintang, Kulim, dan Bera,”kata syarikat tu dalam sebuah kenyataan.

Menurutnya, kebanyakan peniaga menjual antara lain, produk mudah alih dan aksesori, barangan rumah dan kediaman, serta produk kesihatan dan kecantikan.

Bagi Liow Chee Kah, 33, yang mengendalikan kedai Woohuu Store bersama isterinya di Shopee berjaya menjana jualan berjumlah RM1 juta dalam tempoh tujuh bulan pertama menyertai platform e-dagang tersebut.

“Walaupun harga produk saya agak rendah, namun ia bukanlah suatu perkara yang mustahil untuk mencapai jumlah jualan ini. Semasa kami bermula di Shopee, kami menggunakan Shopee Ads dan menyertai kempen Shopee serta Jualan Kilat Shocking Sale.

“Ini terbukti berkesan dalam meningkatkan pendedahan kepada kedai saya dan menarik lebih ramai pengikut. Kini, sambil kami meneruskan strategi harga rendah, para pelanggan kembali untuk membeli berulang kali,” kata Liow.

Liow bekerja di sebuah kilang yang menghasilkan perabot di Bera, Pahang di mana perniagaan tersebut terjejas akibat perintah kawalan pergerakan (PKP).

Beliau kemudian memutuskan untuk memulakan perniagaan atas talian di platform Shopee bersama isterinya bagi menampung pendapatan isi rumah mereka.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Shopee Terence Pang, menjelang penghujung tahun 2021, syarikat itu menyaksikan rakyat Malaysia menyesuaikan diri selepas setahun negara dilanda pandemik.

“Kini ia menjadi lebih penting bagi perniagaan-perniagaan untuk beroperasi di atas talian demi menarik lebih ramai pelanggan yang mengutamakan pembelian atas talian.

“Pada tahun ini, kami menyaksikan lebih ramai peniaga dan peniaga tempatan sama ada memulakan langkah pertama mereka di atas talian atau meneruskan perjalanan mereka bersama kami,” katanya.

Beliau turut berkata pencapaian peniaga di Shopee menjadi bukti kebolehan e-dagang untuk mencipta mata pencarian yang inklusif dan mampan dalam landskap perniagaan yang mencabar.

“Kami berbesar hati menjadi sebahagian daripada kisah kejayaan mereka, dan kami terus berusaha untuk membantu lebih banyak PMKS tempatan mendapat manfaat daripada teknologi serta mempunyai akses kepada ekonomi digital.”

Bagi membantu lebih ramai peniaga berjaya di atas talian, Shopee meraikan peniaga-peniaga tempatan dengan memperkenalkan lebih banyak kempen di peringkat serantau dan tempatan untuk memberi lebih tumpuan kepada mereka.

Di bawah inisiatif #ShopeeSapotLokal di Malaysia, Shopee menganjurkan pertandingan “Seller of the Month” di mana para peniaga akan berkongsi perjalanan mereka sebagai peniaga Shopee di media sosial.

Peniaga yang memenangi pertandingan ini dipilih oleh juri dalaman dan undian daripada pengguna Shopee.

Pemenang akan menerima slot penstriman langsung terbitan Shopee Live, baucar kedai, Shopee ads credits dan barangan eksklusif.

Selain itu, kempen dua digit Shopee seperti 12.12 Jualan Hari Jadi turut dijalankan ketika ini bagi meraikan pencapaian para peniaga sambil menggalakkan sokongan rakyat Malaysia terhadap kedai mereka melalui tawaran menarik.

Sambutan akhir tahun yang sedang berlangsung hingga 12 Disember depan, akan memberikan Baucar Penghantaran Percuma tanpa pembelanjaan minimum serta 12 juta baucar kepada rakyat Malaysia .

Seorang pembeli bertuah memiliki peluang memenangi kereta baru dengan bermain Putar & Menang Hyundai Kona, ia ditaja sepenuhnya oleh AIG Malaysia Insurance Bhd.

Rakyat Malaysia yang menambah nilai dompet mudah alih ShopeePay mereka mulai hari ini hingga 11 Disember bakal memenangi hingga 12,121 Syiling Shopee setiap hari.

Shopee turut menjalankan kempen #ShopeeGivesBack di mana ia bekerjasama bersama dengan 12 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan perusahaan sosial termasuk Budimas Charitable Foundation, Hopes Malaysia Welfare Association, Islamic Aid Malaysia dan MyKasih Foundation dalam usaha mengumpul sumbangan derma.

Shopee juga turut bekerjasama dengan Mydin, Nestlé, RB Home, Thong Guan Trading dan Unilever untuk menawarkan pengguna pilihan untuk menderma pek bundle antara RM30 dan RM100.

“Hasil daripada sumbangan serta pek bundle ini akan disalurkan untuk menyediakan keperluan seperti air bersih, makanan dan kemudahan asas lain kepada komuniti luar bandar dan kurang bernasib baik di Malaysia.

“Setiap 12.12, Shopee bersama-sama pengguna kami – para pembeli, peniaga dan komuniti tempatan, meraikan kejayaan dan pencapaian sepanjang setahun yang berlalu.

“Pada tahun ini, kami ingin menzahirkan penghargaan kami kepada semua kerana memberi peluang kepada kami untuk menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian mereka melalui pelbagai elemen, entiti dan usaha di Shopee. Kami berasa teruja untuk meraikan penghujung tahun bersama semua rakyat Malaysia sambil membawa keceriaan pada musim cuti ini,” tambah Pang.

Sempena sambutan ulang tahun Shopee yang ke-6, Shopee akan menganjurkan 12.12 Birthday Bash TV Show di Shopee Live dan TV3 dari pukul 9 malam pada 11 Disember.

Rancangan itu akan mempersembahkan selebriti tempatan seperti Misha Omar, K-Clique, Siti Nordiana dan ramai lagi.

Menurutnya, para penonton juga akan ditawarkan dengan XBox Series X, pengering rambut Dyson Supersonic dan 12 juta Syiling Shopee yang dapat direbut semasa Shopee Shake Battle Mode dengan tertakluk terma dan syarat.

Rancangan TV itu juga akan menampilkan Timbang & Menang, di mana para penonton dapat meneka berat objek yang dipilih secara rawak oleh pengacara dan memenangi hingga RM15,000.

Orang ramai yang mahu mengetahui lebih lanjut mengenai Shopee 12.12 Jualan Hari Jadi boleh melayari https://shopee.com.my/m/12-12

Tiada ulasan: