Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, berkata kegiatan melanggar undang-undang itu akan disiasat dengan rapi dan telus.
Beliau berkata, kehadiran kartel dengan pembabitan pegawai dalaman, membolehkan mereka bebas di pejabat jabatan berkenaan, termasuk di pintu masuk lapangan terbang.
Katanya, sindiket itu menggunakan pegawai dalaman di beberapa peringkat dalam Jabatan Imigresen untuk bekerjasama dengan mereka.”Contohnya di Sabah baru-baru ini, ada iklan di media sosial memaparkan individu yang ingin mendapatkan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) boleh mendapatkan dari individu tertentu.
“Imigresen tidak pernah melantik mana-mana ejen untuk mengeluarkan PLKS dan perkara ini sudah menyalahi undang-undang,” katanya dalam sidang media sempena Sambutan Hari Imigresen 2021 di sini hari ini.
Yang turut hadir kedua-dua Timbalan Menteri KDN, Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said dan Datuk Jonathan Yasin; Ketua Setiausaha KDN, Datuk Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dan Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud.
Hamzah berkata, Jabatan Imigresen tidak pernah melantik mana-mana ejen untuk mengeluarkan PLKS dan sekiranya ia diiklan menerusi media sosial, perbuatan itu adalah menyalahi undang-undang.
Beliau berkata, ia adalah sesuatu perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan PLKS tidak boleh diperoleh secara yang sah tanpa mendapat kelulusan pegawai dalaman Imigresen.
Katanya, beliau sudah memaklumkan kepada Ketua Pengarah Imigresen untuk menyiasat serta mengambil tindakan terhadap pegawai yang tidak bertanggungjawab dan bersekongkol dengan sindiket berkenaan.
“Kita mahu perkara sebegini tidak akan timbul lagi. Oleh sebab itu,
kita menangani cabaran ini melalui teknologi tinggi supaya dapat
menghindarkan isu kartel dan orang luar yang boleh merosakkan imej
integriti Imigresen,” katanya. SM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan