Thursday, August 5, 2021

Najib buat-buat senyap wang RM114 juta dikembalikan pada 17 Jun


Datuk Seri Najib Razak dan UMNO akan menuntut hak wang bernilai RM114 juta.

Seorang Timbalan Pendakwaraya mengesahkan wang yang disita RM114 juta sudah dipulangkan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 17 Jun lepas.

Timbalan Pendakwaraya Faten Hadni Khairuddin mengesahkan yang disita oleh polis di kondominium mewah Pavilion Residences pada 17 Mei 2018, telah dipulangkan kepada Najib dan UMNO.

Tambahnya lagi, pemulangan itu dilakukan kerana pihak pendakwaan tidak memohon untuk memfailkan rayuan, selepas Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Muhammad Jamil Hussin dalam penghakiman pada 20 Mei lepas, menolak permohonan pendakwaan untuk melucut hak aset terbabit.

“(Aset) telah diserahkan kepada Najib melalui wakil kerana pihak pemohon (pendakwaan) tidak memfailkan rayuan,” katanya lapor Astro Awani.

Pada Mei lalu, Muhammad Jamil menolak permohonan pendakwaan untuk melucut hak wang yang disita oleh polis di kondominium mewah Pavilion Residences yang terletak di ibu negara pada 17 Mei 2018.

Sebelum ini, Najib menjelaskan walaupun sudah menang kes sitaan wang RM114 juta tersebut, wang tersebut masih belum dikembalikan dan sekiranya dikembalikan selepas ini ia terpulang untuknya berbelanja wang tersebut sesuka hati.

Untuk rekod, Najib dan UMNO masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung status wang tersebut.

No comments: