Friday, August 27, 2021

Masjid di NS dibenar 150 orang jemaah bermula esok ( JUMAAT )

Oleh Mohd Shariza Abdullah dan BADRUL HAFIZAN MAT ISA
MASJID dan surau Jumaat di Negeri Sembilan dibenarkan beroperasi untuk masyarakat awam terhad kepada 150 orang jemaah terawal bermula esok - UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN

SEREMBAN: Susulan Peralihan Negeri Sembilan ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN), masjid dan surau  di negeri ini dibenarkan beroperasi untuk masyarakat awam terhad kepada 150 jemaah terawal bermula esok.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, jumlah berkenaan termasuk pegawai dan ahli jawatan kuasa masjid serta petugas keselamatan dan sukarelawan yang tmelepasi tempoh 14 hari menerima dua dos suntikan vaksin.

Tambah beliau, surau turut dibenarkan beropeasi untuk masyarakat awam terhad kepada 30  jemaah terawal dengan syarat yang sama.

“Para jemaah diingatkan agar sentiasa memakai pelitup muka dengan sempurna, membawa sejadah peribadi bersaiz besar, menjaga penjarakan fizikal dan berwuduk terlebih dahulu dari rumah masing-masing.

“SOP lengkap boleh dirujuk melalui saluran rasmi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan. Saya memohon kepada seluruh jemaah yang hadir ke masjid dan surau agar mematuhi SOP yang ditetapkan.

“Jawatan kuasa masjid dan surau hendaklah melaksanakan tanggungjawab pematuhan SOP aktiviti masjid dan surau yang telah digariskan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Aminuddin berkata, keputusan tersebut diambil setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir, berkenaan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) aktiviti solat di masjid, surau Jumaat dan surau Negeri Sembilan dalam tempoh Fasa 2 PPN dilaksanakan. – UTUSAN ONLINE

No comments: