Datuk Zakaria Dullah
Suasana
di dalam Dewan Rakyat pada Mesyuarat Khas Penggal Ketiga, Majlis
Parlimen Keempat Belas di Parlimen pada 30 Julai. - fotoBERNAMA
SEPANJANG
minggu lalu (mulai 26.7.2021), hinggalah ke hari ini (3.8.2021),
rentetan daripada persidangan khas Parlimen, kemudiaannya disusuli
dengan pengumuman Menteri Undang-Undang & Parlimen Jabatan Perdana
Menteri berkaitan dengan keputusan kerajaan untuk membatalkan
ordinan-ordinan yang dilaksanakan sepanjang tempoh Darurat (Feb 2021
hingga Julai 2021) yang menimbulkan perdebatan dalam kalangan Ahli
Parlimen Pembangkang (ironi dan sangat kontradik).
Ini
turut membawa naratif bahawa pengumuman oleh menteri berkenaan adalah
bersalahan dengan perlembagaan dan penghujungnya mengangkat polemik
bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) telah menderhaka kepada titah
Tuanku Agong; dan perkara ini menampakkan antogonis antara Kerajaan PN
dan Istana, apabila dua hari berturut-turut diantara 27 & 28 Julai,
senario berbalas-balas surat dan watikah antara Kerajaan dan Istana
berkenaan duduk-letak ordinan darurat yang dikatakan pengumuman didalam
Dewan Rakyat tersebut adalah melanggar Perlembagaan dan menderhaka
kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa
Billah Shah digarap dan dicanang kemudiaannya (oleh pihak yang
berkepentingan) sebagai satu lagi episod krisis Perlembagaan di negara
ini.
Untuk
rekod, negara kita (antara Kerajaan dan Istana) telah dua kali ini
sebelum ini “terjebak” dalam kancah dan polemik krisis Perlembagaan,
iaitu masing- masing pada tahun 1983 dan 1993.
Apakah apa yang berlaku pada minggu lalu, merupakan satu lagi bentuk krisis Perlembagaan antara kerajaan dan pihak Istana?
Dalam
konteks apakah kita harus memahami perkembangan yang berlaku di
Parlimen pada minggu lalu? Atau apakah yang berlaku pada minggu lalu
lebih kepada 'pucuk dicita ulam mendatang'?
Untuk
itu diperturunkan di bawah ini EMPAT perkara penting yang perlu dihadam
bagi tujuan memahami peristiwa pada minggu lalu melangkaui nuansa atau
naratif yang dicanangkan oleh pihak-pihak yang berkepentingan tersebut:
(1).
Dikatakan pengumuman “revokasi” oleh Menteri berkenaan melanggar
perlembagaan, kerajaan menderhaka dan krisis perlembagaan. Sebenarnya
tidak wujud ke tiga-tiga aspek atau elemen tersebut.
Mana mungkin
dikatakan melanggar perlembagaan sedangkan telah dijelas oleh pihak
kerajaan “SOP” memaklumkan kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku akan
keinginan dan hasrat kerajaan untuk “merevokasi” kesemua ordinan yang
dilaksanakan sewaku tempoh perintah darurat dilaksanakan, maknanya Duli
Yang Maha Mulia Tuanku maklum akan duduk letak dan hasrat kerajaan
tersebut.
Berbahaslah samada Perkara 40
(3) atau Perkara 150 (3), masing-masing menyatakan pandangan dan
perspektif masing-masing berdasarkan kepada tafsiran yang bersifat
“kesuaian dengen kehendak” masing-masing pihak, hanya akan bersifat
menegakkan “benang yang basah”.
Yang
jelas antara Kerajaan dan Istana telah sedia maklum akan HASRAT KERAJAAN
terhadap ORDINAN-ORDINAN PERINTAH DARURAT ITU, iaitu untuk membatal dan
tidak meneruskan
selepas tamat tempoh proklomasi darurat. Justru, TIDAK
WUJUD elemen atau situasi KRISIS PERLEMBAGAAN disini.
Yang
dikatakan KRISIS PERLEMBAGAAN itu apabila ada satu pihak yang
berkepentingan MENGUSULKAN @ MENGGERAKKAN @ MEMBELAKANGKAN, bagi tujuan
MELEMAHKAN @ MENGURANGKAN kedudukan satu pihak [ISTANA DALAM KONTEKS
INI] yang dalam mana menjalankan sesuatu tugas @ tanggungjawab itu,
seperti mana yang berlaku pada tahun 1983 dan 1993.
Lantas,
pada apa yang berlaku di Parlimen pada minggu lalu, tidak wujud elemen
seperti mana yang dinyatakan di atas, tidak wujud iltizam pihak kerajaan
untuk melemah atau mengurangkan kedudukan Istana (baca YDPA) sebagai
salah satu komponen PARLIMEN seperti mana yang termaktub dalam
Perlembagaan.
Apa yang boleh dinyatakan
disini, yang berlaku minggu lalu melalui tindakan YB Menteri berkenaan
yang perlu diakur adalah kekhilafan ADAB antara kerajaan dan istana
dalam mana menjalankan tanggungjawab. Kekhilafan ADAB adalah perkara
yang bersifat “BUDAYA” atau “ISU BUDAYA”, ianya bukan bersifat
PERLEMBAGAAN, malah di luar Perlembagaan atau tidak ada kena-mengena
atau terkait dengan Perlembagaan.
Makanya,
kekhilafan adab inilah yang perlu diperbetulkan dan dipohon kemaafan
kepada pihak ISTANA. Isunya disini adalah kekhilafan adab.
Mengapa istilah KEKHILAFAN ADAB yang ditimbulkan disini?
Kita
harus faham, bahawa politik di Malaysia ini, salah satu elemen yang
mendasarinya adalah BUDAYA MELAYU. Institusi Raja itu adalah salah
budaya dan tradisi Melayu yang sangat sacred, sangat sensitif dan dilindungi.
Lihat
apa yang terjadi apabila British apabila cuba “menganggu-gugat”
institusi ini pada tahun 1946. Selama lebih 400 tahun, British menjajah
Tanah Melayu, Institusi Raja tidak pernah diganggu, tapi sekali tersilap
langkah British, implikasinya adalah seperti mana yang tercatat didalam
bahan-bahan sejarah.
Janganlah kita
keliru akan hal ini, atau kita buat-buat keliru dan tidak mengerti. Apa
yang terjadi minggu lalu bukanlah sebuah KRISIS PERLEMBAGAAN. UMNO,
selaku parti politik yang disebut sebagai The Patron of the Malays
sepatutnya berdiri teguh mendukung kedudukan kerajaan Melayu PN yang
sedia memerintah sehinggalah ke tarikh pembubaran parlimen kelak bagi
memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15);
(2).
Oleh itu, kita sebagai pemimpin Melayu, harus memahami “kemelut
politik” yang tercetus pada minggu lalu, lebih kepada gerakan terdesak
kelompok-kelompok tertentu untuk meruntuhkan kerajaan dominasi
Melayu-Islam yang turut dipimpin oleh UMNO.
Kita
boleh berbeza pendapat dalam kalangan kita (dalam UMNO) atau dengan
kepimpinan Melayu diluar UMNO, tetapi janganlah perbezaan itu membawa
kepada natijah sehingga menghancurkan dominasi dan kuasa Melayu di
negara ini.
Keputusan PRU14 seharusnya
menjadi pengajaran kepada kita dan sewajarnya kita berwaspada untuk
tidak “dipatuk bagi kedua kalinya”.
Menang sorak, kampung tergadai
Kali
ini, pihak-pihak berkenaan, mengambil kesempatan menangguk di air yang
keroh dengan mengheret institusi raja (istana) atas nama “penderhakaan”,
yang sebenarn
ya bertujuan untuk “menikam secara halus” orang Melayu dan
kepimpinan Melayu yang sedang berkuasa pada hari ini.
UMNO harus
bijaksana menilai situasi masa kini, jangan kita bertindak atas dasar
emosi dan kepentingan peribadi; amarah, amokan, persekongkolan, akhirnya
merugikan Orang Melayu sendiri.
Tidakkah kita belajar dari sejarah bangsa kita sendiri?
Fikirlah dengan kewarasan dan akal budi yang matang dan rasional. Jangan kita cuba untuk bertindak seperti Lebai malang, “menang sorak, kampung tergadai”.
Cuba
perhatikan, sehari dua ini, isu yang dinaratifkan tidak lagi
“penderhakaan”, tapi “Kerajaan Gagal”. Apa maknanya? Cuba lihat dan
analisis dengan mata-hati yang celik-budi. Ini semua adalah agenda untuk
meruntuhkan bangsa Melayu.
Digerakkan
anak muda berbaju hitam (kesian mereka ditipu didalam terang),
rata-ratanya pemuda Melayu yang masih dangkal akan sepak-terajang
politik.
Kelmarin (2.8.2021), kelompok
berkepentingan ini pula berhimpun kononnya atas dasar demokrasi. Jika
benar mereka berhimpun atas dasar demokrasi, mereka tidak akan berhimpun
dalam suasana negara sedang dilanda serta bergelut dengan musuh tidak
nampak iaitu COVID-19.
Mereka sebenarnya
tidak menghormati dan telah melanggar demokrasi apabila berhimpun tak
kala perintah kawalan pergerakan sedang dilaksanakan ... sangat
menyedihkan:
(3). Sudah tentulah apa yang
berlaku di Parlimen pada minggu lepas, atas kekhilafan ADAB Menteri
berkenaan, umpama “pucuk dicita ulam mendatang” atau juga umpama “orang
yang mengantuk disorongkan batal”.
Dipergunakan,
dinaratifkan dan dicanang bahawa kerajaan menderhaka, kerajaan gagal,
kerajaan menipu, semuanya untuk satu agenda iaitu KUASA dengan cara
MENGELIRUKAN kita semua.
Janganlah kita terkeliru dan akhirnya 'ditipu di siang hari', dalam duduk letak perkara dan kemelut ini.
Kita,
kepimpinan UMNO punya galas dan tanggungjawab yang BESAR sekarang,
iaitu melindungi rakyat dari bahana dan musibah COVID-19, marilah kita
bersama-sama mengembeleng tenaga dan bersatu hati ke arah itu, ketepikan
nafsu persendirian kita buat sementara waktu ini;
(4).
Barang diingat wahai teman-teman seperjuangan semua, MP-MP UMNO yang
berada dalam kepimpinan kerajaan PN buat masa ini, bekerja dan berbakti
bagi tujuan melindungi rakyat Malaysia amnya dan umat Melayu khususnya
dan juga Institusi Raja yang kita kasihi dan sanjung tinggi. Inilah
waktu dan kesempatan yang terbaik untuk UMNO kembali bangkit selepas
kehilangan kuasa pada PRU14 yang lalu.
Allah S.W.T. memberi kesempatan kedua buat kita semua dan kesempatan itu sedang menguji kita.
Kalau
tanda pagar (hashtag) menangani wabak COVID-19 adalah “lindung diri,
lindung semua”, maka hashtag kita orang Melayu adalah “hanya Melayu
lindung Melayu”.
Percayalah bangsa lain
tidak akan melindungi kita, hanya kita sahaja yang mampu berkorban untuk
melingdungi kita, jangan kita nanti membuat keputusan yang bakal
merugikan bangsa kita dan akhirnya terjebak seperti mana bangasa
Palestin di bumi sendiri.
Anak Raja Memikul Perahu;
Perahu dipikul Diatas Titian;
Satu Sahaja Salah Bangsaku;
Sesama sendiri berdengki-dengkian.
Wallahualam ...
No comments:
Post a Comment