Khairunnisa Kasnoon
Menurut
Dr Samhan, selepas makan, sistem pencernaan memecahkan nutrien
dari
makanan untuk mengubahnya menjadi glukosa yang kemudiannya menjadi
tenaga. -Gambar hiasan/Pexels
KENAPA lepas makan mengantuk?
Pastinya ramai yang mengalami situasi ini.
Lepas makan mesti mengantuk, apatah lagi di bulan Ramadan ini, khususnya selepas waktu sahur dan berbuka.
Menurut Pegawai Perubatan Hospital Kuala Lumpur, Dr Ahmad Samhan Awang, perkara itu boleh jadi normal dan boleh jadi tidak.
Ia disebabkan beberapa faktor:
1. Tindak balas sistem pencernaan
Menurut
Dr Samhan, selepas makan, sistem pencernaan memecahkan nutrien daripada
makanan untuk mengubahnya menjadi glukosa yang kemudiannya menjadi
tenaga.
“Tubuh akan melepaskan hormon seperti amylin, glucagon dan cholecystokinin (CCK).
Hormon
ini meningkatkan paras gula dalam darah, mewujudkan rasa kenyang, dan
menghasilkan insulin yang akan disalurkan melalui tisu sel dan memberi
tenaga kepada mereka,“ ujarnya.
Pada masa katanya, otak mengeluarkan serotonin yang menyebabkan rasa mengantuk.
2. Jenis makanan
Makanan
yang tinggi karbohidrat (seperti nasi) dan makanan yang kaya dengan
protein, seperti daging, ayam, telur, ikan, bayam, keju kacang soya,
mengandungi asid amino tryptophan.
Asid amino ini digunakan oleh badan untuk menghasilkan serotonin yang bertanggungjawab menyebabkan kita mengantuk,” katanya lagi.
3. Tabiat tidur
Dr Samhan berkata corak tidur yang tidak teratur juga boleh menyebabkan rasa mengantuk selepas makan.
Selepas
makan, badan berasa kenyang dan rileks, menjadikan tubuh terasa seperti
sedang berehat, menyebabkan rasa mengantuk, terutama jika tidur tidak
berkualiti pada malam sebelumnya.
4. Tahap kesihatan
Sekiranya anda sering berasa mengantuk, mungkin ia adalah tanda-tanda penyakit seperti penyakit Celiac, Anemia, food intolerance, alahan, sleep apnea, atau masalah kelenjar tiroid yang tidak aktif,” ujarnya lagi.
Sekiranya keadaan tersebut berterusan, anda dinasihati untuk merujuk kepada doktor.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan