KUALA LUMPUR – Usahawan sensasi, Muhammad Sajjad Kamarzaman yang masih tidak dapat dikesan lagi selepas waran tangkapnya dikeluarkan dilihat aktif di laman media sosial.
Malah menerusi Insta Story miliknya, Sajad telah mengeluarkan kenyataan menyentuh perihal agama.
Dia seolah-olah menyindir sesetengah pihak yang merasakan diri mereka tidak pernah berbuat dosa serta menggelar mereka munafik.
“Biarlah tak ada agama daripada ada agama, yang rasa diri itu bagus dari tak pernah buat dosa. Kebanyakkannya banyak manusia munafik!!!
“Manusia bertopengkan syaitan!!! Is true story uols!!,” tulisnya.
Pada awal bulan ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador meminta Sajjad keluar dari tempat persembunyian dan seterusnya berhadapan dengan kes yang dihadapinya di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan