Jumaat, 9 April 2021

Latih rakyat bidang usahawan pacu semula ekonomi

 HARAKAH DAILY

KOTA BHARU: Rakyat Kelantan perlu diberi pendedahan dan latihan dalam bidang keusahawanan bagi memacu ekonomi yang masih suram akibat pandemik Covid-19.

Timbalan Menteri Besar, Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, ekonomi dunia belum memperlihatkan pemulihannya sepenuhnya akibat pandemik Covid-19 setahun lalu.

Oleh itu katanya bagi memacu semula ekonomi orang ramai yang berminat perlu didedah dengan latihan dalam bidang keusahawanan.

“Masyarakat perlu dididik supaya mereka dapat bangkit semula bagi memperkembangkan lagi ekonomi,” ujarnya ketika merasmikan pelancaran Al-Khalish Group di Restoran Al Khalish Kampung Sungai Pasir Tumboh semalam.

Pada majlis itu turut diadakan penyampaian sumbangan kepada 82 orang golongan asnaf. Seramai 10 daripadanya menerima sumbangan disampaikan Mohd Amar.

Manakala selebihnya diagih melalui penghulu mukim masing-masing.

Turut hadir Pengerusi Al- Khalish Group Dato’ Muhammad Ali Sinna Yusof dan Pengasas Al-Khalish Group, Hassan Saifuddin.

Timbalan Menteri Besar juga merakam ucapan tahniah kepada Al Khalish Group kerana berjaya dalam perniagaan hasil sokongan keluarga terdekat.

“Ia wajar dijadikan contoh kerana kekuatan keluarga yang turut membantu perniagaan sehingga terus berkembang.

“Contoh yang jelas iaitu masyarakat Cina berjaya dalam perniagaan kerana dibantu anggota keluarga mereka sendiri,” ujarnya. HARAKAHDAILY

Tiada ulasan: