SHAH ALAM: Pelbagai cabaran dihadapi sekolah tahfiz akibat penularan COVID-19 mendorong pelbagai pihak tampil membantu mencari dana untuk pembangunan kemudahan sekolah berkenaan di Selangor.
Dalam hal ini, sebuah syarikat pengeluar dan pemasar rangkaian produk makanan kesihatan, DMAGIA Sdn Bhd (DMAGIA) bersama Persatuan Institusi Tahfiz Anak Selangor (PITAS) mengambil inisiatif menjalankan beberapa program khidmat masyarakat (CSR) sepanjang tahun ini.
"Dengan rasa prihatin atas cabaran pandemik COVID-19, pihak syarikat memahami kepentingan untuk memastikan keperluan pendidikan dan fasiliti sekolah tahfiz di Selangor untuk berjalan dengan sempurna.
"Syarikat mengambil langkah inisiatif dengan melaksanakan Program Ramadan dan Raya bersama Tahfiz Nurtareem di Tanjong Karang pada 7 April lalu dalam usaha membantu mengumpul dana bagi tujuan menaik taraf kemudahan sekolah berkenaan.
"Antara fokus utama adalah menaik taraf pembangunan kemudahan Tahfiz di Selangor," kata syarikat itu dalam kenyataan, hari ini.
Syarikat itu berkata, program itu juga sebagai simbolik bagi memulakan kerjasama antara DMAGIA dan PITAS.
"Program ini adalah usaha membantu mereka mengumpul dana secara dalam talian bagi melancarkan segala pelaksanaan dan urusan sekolah tahfiz di bawah kelolaan PITAS mengikut keperluan tertentu," katanya.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman sesawang www.dmagia2u.com atau Facebook dmagia_official dan Instagram dmagia.official
Tiada ulasan:
Catat Ulasan