Selasa, 13 April 2021

Kerajaan benarkan premis makanan beroperasi sehingga 6 pagi

Bernama

Kebenaran itu diberikan bagi membolehkan orang ramai mendapatkan makanan untuk bersahur. 

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata kebenaran itu diberikan bagi membolehkan orang ramai terutama golongan bujang mendapatkan makanan untuk bersahur.

Bagaimanapun, katanya bagi premis makanan di dalam kompleks beli belah atau pasar raya, ia tertakluk kepada waktu operasi bangunan tersebut

“Kerajaan dapat pelbagai permohonan daripada rakyat untuk beli makanan terutama melibatkan warga bujang. Sebelum ini operasi di kedai makan atau warung dihadkan sehingga 12 tengah malam atau mengikut syarat lesen yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.

Ini bermakna kedai makanan boleh teruskan operasi sehingga waktu sahur dan orang ramai boleh bungkus makanan atau makan di kedai yang dibuka,” katanya dalam sidang media mengenai perkembangan PKP hari ini.

Tiada ulasan: