Sabtu, 10 April 2021

1,510 jangkitan baharu Covid-19, Selangor catat jumlah tertinggi

PETALING JAYA: Sebanyak 1,510 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini, menurut Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Selangor mencatatkan jumlah jangkitan tertinggi, iaitu 415 kes, diikuti oleh Sarawak sebanyak 296 dan Kelantan (171).

Ia disusuli Sabah dengan 131 kes, Kuala Lumpur (106), Pulau Pinang (101), Johor (80), Kedah (59), Perak (46), Terengganu (44), Negeri Sembilan (28), Pahang (13), Putrajaya (10) dan Melaka (enam), manakala Labuan serta Perlis masing-masing merekodkan dua kes.

Tiada ulasan: