Shuhada Abdul Kadir
Video
rakaman tular daripada orang awam ini menunjukkan kenderaann tersebut
yang dipandu melawan arus di Lebuhraya PLUS pada Isnin. - Media Sosial
SEREMBAN:
Polis sedang mengesan pemandu sebuah kereta jenis Perodua Alza berwarna
merah yang memandu melawan arus di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS)
berhampiran kawasan Hentian Rehat Senawang, petang Isnin (2 November).
Ketua
Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim video
berdurasi 36 saat yang memaparkan sebuah kereta berkenaan dipandu
melawan arus di lokasi tersebut, berkata, telah tular sejak jam 5 petang
semalam.
Katanya,
siasatan lanjut mendapati kejadian itu berlaku di sekitar kawasan
Hentian Rehat Senawang ke arah utara di Kilometer (KM) 248 menuju ke
KM240 Lebuhraya PLUS di laluan kecemasan.
Ujarnya, kereta itu dikesan memasuki Plaza Tol Pedas-Linggi dan meneruskan perjalanan ke arah selatan.
Hasil
siasatan awal juga mendapati pemilik kenderaan tersebut merupakan
seorang wanita Melayu berumur 24 tahun yang menetap di Kulai, Johor.
Bagaimanapun
katanya, status pemandu yang memandu kenderaan tersebut masih belum
dapat dipastikan dan sehingga kini, pihak polis sedang giat mengenal
pasti dan mengesan pemandu kereta berkenaan.
Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan.
Beliau
turut menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat, boleh disalurkan
dengan menghubungi pegawai penyiasat Bahagian Siasatan dan
Penguatkuasaan Trafik (IPD) Seremban, Insp. Syaifullah di talian
019-6327732.
No comments:
Post a Comment