Nur Fazlizai Ali
Polis
bertindak menahan pelajar Tingkatan Enam ini susulan keterangan yang
diberi berhubung kejadian didapati sangat mencurigakan. - Foto Astro
AWANI
MARANG:
Seorang pelajar Tingkatan Enam direman tujuh hari bermula hari ini bagi
membantu siasatan kes pembunuhan bekas rakan sekolahnya.
Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda di Mahkamah Majistret di sini.
Suspek
yang tiba di perkarangan mahkamah kira-kira jam 10 pagi ini, terdahulu
ditahan selepas memberi keterangan di Balai Polis Telemong, Hulu
Terengganu, kira-kira jam 7.30 pagi Ahad.
Tindakan diambil pihak polis susulan keterangan yang diberikannya berhubung kejadian didapati sangat mencurigakan.
Pada Ahad, Siti Nur Surya Ismail, 19 tahun, dipercayai dibunuh di Kampung Lubok Batu, Telemong, Hulu Terengganu.
Mangsa
ditemui dengan beberapa kesan tikaman, dipercayai akibat senjata tajam,
di beberapa bahagian badan, termasuk putus pergelangan tangan kiri.
Polis
percaya penahanan suspek yang bersekolah bersama mangsa dari Tingkatan
Satu hingga Tingkatan Lima itu sekali gus membongkar motif kejadian
pembunuhan kejam itu.
No comments:
Post a Comment