Adie Sufian Zulkefli
Mangsa dikatakan cuba meniti laluan di dalam bot namun dikatakan tergelincir lalu jatuh ke dalam tasik. - Foto/Astro AWANI
KUALA NERANG: Seoarang wanita nyaris maut selepas tergelincir ke dalam Tasik Pedu, pada Jumaat.
Dalam kejadian 1 petang itu, mangsa dikatakan sedang memancing bersama tiga anggota keluarga lain di tengah tasik tersebut.
Mangsa dikatakan cuba meniti laluan di dalam bot namun dikatakan tergelincir lalu jatuh ke dalam tasik.
Pegawai
Pertahanan Awam Malaysia (APM) Padang Terap, Leftenan (PA) Mohd Shukri
Shuib memaklumkan, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu
pada jam 1.30 petang.
Bagaimanapun
wanita berusia 40-an itu diselamatkan orang awam dan kemudian mereka
meminta bantuan bot APM untuk membawa mangsa ke Hospital Kuala Nerang.
Jarak
antara lokasi mangsa terjatuh dengan jalan darat kira-kira tujuh
kilometer namun mangsa hanya mengalami kecederaan di bahagian pinggang
dan keadaannya stabil.
Mohd Shukri turut
menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan aktiviti memancing
berikutan keadaan hujan pada waktu ini menyebabkan air naik yang boleh
mengancam keselamatan.
No comments:
Post a Comment