Saturday, August 22, 2020

3 maut dirempuh kereta dipandu warga emas

Dalam kejadian awal pagi tadi, seorang pemandu warga emas 
yang memandu dari Seremban ke Mambau merempuh 3 
pengguna jalan raya, termasuk seorang pejalan kaki 
mengakibatkan kematian semua mangsa.

SEREMBAN: Tiga orang termasuk seorang pejalan kaki maut dirempuh sebuah kenderaan yang dipandu seorang warga emas dalam kejadian di Kampung Mambau di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban Mohd Said Ibrahim berkata, dalam kejadian pukul 6 pagi itu, 2 lagi yang maut adalah pasangan suami isteri, masing-masing berusia 44 dan 38 tahun.

“Kejadian berlaku apabila sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi yang dipandu seorang lelaki berusia 61 tahun dari Seremban ke Mambau masuk ke laluan bertentangan sebelum merempuh pasangan suami isteri yang menaiki motosikal.

“Selepas pelanggaran itu, kenderaan terbabit yang berpusing turut melanggar seorang pejalan kaki wanita berusia 42 tahun di kawasan berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, akibat kemalangan itu kesemua mangsa iaitu pejalan kaki, penunggang dan pembonceng motosikal disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Kesemua mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban untuk bedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

No comments: