Rabu, 1 April 2020

Selangor tambah RM272 juta untuk perangi COVID-19 - Amirudin Shari

Firdaus Azil, Astro Awani
Selangor tambah RM272 juta untuk perangi COVID-19 - Amirudin Shari
Peruntukan itu merupakan tambahan kepada Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor 20 Mac lepas, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM400 juta.
 
 
KUALA LUMPUR: Kerajaan Selangor hari ini mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor Prihatin 2.0 sebanyak RM272 juta, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM400 juta, khusus untuk menangani impak COVID-19, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.

Ia merupakan tambahan kepada Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor yang beliau umumkan pada 20 Mac lepas.
 
Dalam pengumuman khas hari ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua itu berkata, pakej 2.0 itu dirangka berdasarkan dua cabaran utama, iaitu bagaimana menggempur COVID-19 daripada terus merebak selain menangani cabaran ekonomi yang dihadapi semasa dan juga pasca pandemik.

Melalui Selangor Prihatin 2.0 yang bertemakan - “Whole of Government, Whole of Society Approach”, Amirudin berkata, beliau dan semua exco serta ADUN Selangor akan melakukan pemotongan gaji untuk disalurkan ke Tabung Khas Bantuan COVID-19, dengan anggaran RM8.07 juta.
Selain itu, katanya Selangor akan memperuntukkan RM1.35 juta untuk proses saringan COVID-19 atau mass test di kawasan-kawasan panas atau red zone yang telah dikenal pasti.

“Saringan COVID-19 atau mass test di kawasan-kawasan hotspot (panas) atau red zone telah dikenal pasti di negeri Selangor, dengan sasaran sebanyak 5,000 orang, membabitkan kos berjumlah RM1.35 juta,” katanya lagi. 
 
 

Tiada ulasan: