Permohonan maaf itu dibuat setelah posting berkenaan dipadam.
Semalam, FB rasmi bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu memuatnaik status gempar apabila mendakwa berlaku keadaan tidak terkawal di bangunan Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ).
“Sedang berlaku di CIQ JB. Situasi diluar kawalan. Pekerja Malaysia di Singapore cuba balik ke Malaysia secara beramai-ramai. Harap adalah hotel lima bintang untuk quarantine mereka,” tulis FB itu semalam.
Status itu segera dinafikan FB Friends of PDRM yang mendakwa itu adalah video lama.
Malah ia adalah latihan kebakaran di bangunan itu yang dilaksanakan 18 Disember tahun lalu.
“Ramai yang dapat video ni kan? Itu video lama. Video tahun lepas. Keadaan di BSI@CIQ Malaysia Singapura. Jangan sebar lagi. Jangan buat orang panik,” kata FB itu. -MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN: Imigresen nafi rempuhan di BSI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan