Bekas
peserta program realiti Pencetus Ummah (PU) dan pelakon Riz disahkan
positif wabak Covid-19 selepas mengalami demam panas sejak tiga hari
lalu.
Riz berkata, dia dimaklumkan oleh Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) hari ini mengenai perkara itu.
“Saya demam sejak tiga hari lalu. Jadi, semalam saya pergi buat pemeriksaan di PPUM. Apabila dihubungi tadi, hasil ujian saya positif Covid-19.
“Saya reda dengan berita ini. Saya anggap ia adalah ujian Allah SWT. Kalau kita menjaga kesihatan sekali pun, tapi kalau Allah nak datangkan sakit juga, memang tak boleh elak.
“Apa pun, saya mengharapkan doa daripada semua semoga cepat sembuh dan bebas daripada wabak ini,” katanya dipetik Harian Metro.
Menurut Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail, ambulans dari PPUM akan datang ke rumahnya dan dia ditempatkan di pusat perubatan itu untuk rawatan lanjut.
Pelakon drama Lelaki Kiriman Tuhan itu menjelaskan, sepanjang perintah kawalan pergerakan (PKP) dilaksanakan, dia hanya duduk di rumah.
“Sepanjang PKP, kalau keluar rumah pun pergi barang keperluan saja.
“Cuma, rumah saya betul-betul berada di hadapan Masjid Jamek Sri Petaling. Saya juga kerap sembahyang di situ sebelum masjid tu ditutup akibat wabak ni,” katanya.
Sebanyak 131 kes baru turut dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Cobid-19 sebanyak 3,793.
Riz berkata, dia dimaklumkan oleh Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) hari ini mengenai perkara itu.
“Saya demam sejak tiga hari lalu. Jadi, semalam saya pergi buat pemeriksaan di PPUM. Apabila dihubungi tadi, hasil ujian saya positif Covid-19.
“Saya reda dengan berita ini. Saya anggap ia adalah ujian Allah SWT. Kalau kita menjaga kesihatan sekali pun, tapi kalau Allah nak datangkan sakit juga, memang tak boleh elak.
“Apa pun, saya mengharapkan doa daripada semua semoga cepat sembuh dan bebas daripada wabak ini,” katanya dipetik Harian Metro.
Menurut Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail, ambulans dari PPUM akan datang ke rumahnya dan dia ditempatkan di pusat perubatan itu untuk rawatan lanjut.
Pelakon drama Lelaki Kiriman Tuhan itu menjelaskan, sepanjang perintah kawalan pergerakan (PKP) dilaksanakan, dia hanya duduk di rumah.
“Sepanjang PKP, kalau keluar rumah pun pergi barang keperluan saja.
“Cuma, rumah saya betul-betul berada di hadapan Masjid Jamek Sri Petaling. Saya juga kerap sembahyang di situ sebelum masjid tu ditutup akibat wabak ni,” katanya.
Pada hujung Feb lalu, program perhimpunan tabligh antarabangsa diadakan di masjid di Sri Petaling Kuala Lumpur.
Perhimpunan
itu kemudian menjadi kluster jangkitan terbesar Covid-19, dengan lebih
40 peratus daripada keseluruhan kes yang dilaporkan setakat ini
mempunyai kaitan dengan himpunan berkenaan.
Setakat
tengah hari tadi, Malaysia mencatatkan satu lagi korban akibat Covid-19,
menjadikan jumlah keseluruhan korban akibat wabak itu di Malaysia
adalah sebanyak 62.
Korban terbaru yang itu mempunyai kontak rapat dengan peserta himpunan tabligh di Seri Petaling.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan