Berkuatkuasa mulai 14 Apr sehingga 28 April, ia melibatkan Jalan Munshi Abdullah, Jalan Dang Wangi, Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Tun Perak, Jalan Melaka dan Jalan Ampang di sekitar Masjid India.
“Semua penghuni kawasan yang terbabit diminta untuk bertenang dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada petugas-petugas dari KKM serta mematuhi semua arahan pihak berkuasa,” kata Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob pada sidang media harian.
Ismail juga berkata atas nasihat menteri Kesihatan, pihaknya memutuskan PKPD di Batu 21-23, Kampung Sungai Lui, Hulu Langat tamat malam tadi, kecuali Maahad Tahfiz An-Nabawiyyah dan sebuah rumah di Batu 23, Kampung Paya Lebar, Sungai Lui, di mana pelaksanaan PKPD dilanjutkan sehingga 28 April ini.
Selain itu, kerajaan juga memutuskan PKPD ke-3 melibatkan Menara City One di Jalan Munshi Abdullah, dan PKPD ke-4 di Selangor Mansion dan Malayan Mansion di Jalan Masjid India turut dilanjutkan sehingga 28 April ini kerana peningkatan kes positif dalam kalangan penghuni.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan