Kementerian
Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan membincangkan
isu ‘exit strategy’ Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi menentukan
bagaimana aktiviti sukan boleh dijalankan semula di negara ini.
“Perlu tunggu keputusan MKN. Kita akan bincang isu ini, tetapi ada nasihat atau makluman oleh KKM.
"Kami akan bincang ‘exit strategy’ mengenai perkara itu,” katanya pada sidang media harian Covid-19 di Putrajaya, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan mengenai saranan KKM dalam menetapkan tempoh masa yang khusus bagi membenarkan aktiviti sukan di negara ini dapat berjalan seperti biasa.
Dr Noor Hisham sekali lagi mengulangi garis panduan yang perlu dipatuhi ketika ini adalah orang ramai perlu mengelak berhimpun serta mengamalkan jarakan sosial bagi memutuskan rangkaian jangkitan Covid-19.- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan