Ada keluarga tak bernasib baik tinggal dalam suasana kurang kondusif
BANGI
– Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksana bagi
memerangi wabak COVID-19, wajar dijadikan peluang untuk membaiki serta
memperkukuhkan institusi kekeluargaan.
Naib
Presiden Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA), Ustaz Mohd
Hazizi Ab Rahman berkata, PKP membuka minda masyarakat bahawa ada satu
institusi (keluarga) yang mungkin sebelumnya tidak dipandang berat atau
terlepas pandang, kini perlu diberi perhatian bagi membina keluarga yang
sihat dan sejahtera.
Justeru,
katanya, dari satu sudut, PKP dapat dilihat membawa kesan positif
apabila orang ramai boleh duduk di rumah bersama dengan keluarga
masing-masing.
“Walaupun
kebanyakan institusi keluarga masih utuh, tapi ia serba sedikit telah
dihakis oleh nilai-nilai kehidupan Barat yang semakin berpengaruh
terutama apabila adanya media sosial.
“Bila kita
terpaksa berkurung dengan keluarga, ibu bapa dapat mendidik anak-anak,
meluangkan masa bersama anak-anak,” katanya dalam program Pertiwi
Eksklusif yang disiarkan secara langsung, hari ini.
Mengulas
mengenai kebangkitan isu pembahagian tugas antara lelaki dan wanita di
dalam rumah, beliau menegaskan, masyarakat perlu sedar kedua-duanya ada
kekuatan dan kelemahan, baik lelaki mahupun perempuan.
“Bila isteri
banyak melakukan kerja rumah, bukan bermaksud suami tidak membantu.
Tetapi dalam konteks yang sebenar, ia sesuai dengan fitrah kejadian
masing-masing.
“Bila
berlaku PKP, maka perlulah wujudkan kerjasama, faham memahami, kukuhkan
komunikasi sesama adik-beradik dan ibu bapa,” katanya.
Pada masa
sama, Ustaz Hazizi tidak menafikan bahawa terdapat juga kesan negatif
daripada PKP, terutama bagi mereka yang kurang berkemampuan atau yang
tinggal dalam suasana tidak kondusif.
“Di samping peluang mendekatkan hubungan antara keluarga, perlu diakui ada realiti negatif yang perlu ditanggapi dengan baik.
“Ada situasi
tertentu yang tidak kondusif untuk sesebuah keluarga, lagi-lagi yang
tinggal di rumah yang kecil kaki perseginya. Menjadikan rumah itu
‘cramp’.
,”Rumah itu
pada asalnya jadi tempat tidur sahaja. Tapi dalam PKP ini kita terpaksa
duduk di rumah, jadi sukar nak dikawal keadaan itu.
“Emosi
manusia pun sukar dikawal, termasuk komunikasi antara anak-anak dan ibu
bapa dan sebagainya. Itu perkara yang terpaksa dihadapi oleh mereka yang
kurang bernasib baik,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan