KUALA
LUMPUR – “Musuh kita sekarang adalah COVID-19, jadi
berhentilah berpolitik. Cukup-cukuplah buat fitnah. Sekarang bukan masa
untuk berpolitik. Selepas wabak pandemik ini dapat kita atasi, baru kita
sambung semula berpolitik,” ujar Ketua UMNO bahagian Batu Datuk Yahaya @
Abas Mat Ghani.
Beliau
melahirkan rasa kekesalan apabila ada pihak yang masih cuba menabur
fitnah sehinggakan sanggup menganjurkan pertandingan video pendek bagi
menunjukkan kerajaan gagal dalam menangani virus COVID-19.
“Sebagaimana yang diketahui dan yang dilaporkan oleh media, banyak
negara luar ingin belajar bagiamana kita menangani pandemik COVID-19.
Negara kita tidak seperti negara lain contohnya Amerika dan Itali, graf
negara kita dalam isu COVID-19 ini baik dan kita boleh kawal wabak
penyebarannya.
“Di kala negara luar memuji dan ingin melajar bagaimana kita kawal
wabak ini, ada pula pihak yang cuba menabur fitnah kononnya kerajaan
gagal. Mereka yang mengecam dan mengatakan kita gagal menangani pandemik
ini dengan baik sebenarnya hanya memainkan satu politik murahan.
“Mereka bercakap ikut perasaan, semata-mata mahu fitnah. Hakikatnya
kita tidak gagal menguruskan COVID-19, sebab itu negara luar memuji
Malaysia,” tegas beliau.
Justeru, Abas berharap, pihak yang cuba melaga-lagakan dan memfitnah
apa yang kerajaan lakukan ini supaya berhenti melakukan perkara tidak
berfaedah itu dan menumpukan kepada menghentikan rantaian wabak COVID-19
ini.
Beliau juga berharap agar rakyat terus mematuhi Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) kerana kejayaan negara dalam menhentikan penularan
wabak ini bergantung kepada Kerjasama semua pihak.
“Raya sudah tidak lama… kalau kita degil tidak ikut arahan sudah
pasti raya kali ini tidak ada makna.
Kita tidak boleh tarawih dan
sembahyang raya. Jadi, eloklah kita ikut arahan kerajaan,” ujar beliau
lagi. – UMNO ONLINE

Tiada ulasan:
Catat Ulasan