BERITA HARIAN
WASHINGTON:
Saintis di Harvard mengunjurkan bagi mengatasi pandemik COVID-19,
pengulangan kepada amalan penjarakan sosial secara konsisten perlu
dilakukan sehingga tahun 2022.
Katanya, pelaksanaan perintah berkurung yang dibuat sekali sahaja bagi mengekang penularan COVID-19 tidak mampu untuk mengurangkan risiko jangkitan wabak itu.
Kajian itu dibuat memandangkan kes positif COVID-19 di Amerika Syarikat (AS) semakin memuncak.
Kumpulan saintis itu menjangkakan COVID-19 ini akan menjadi satu wabak bermusim, selain turut mengaitkan peningkatan jangkitan akan berlaku pada musim sejuk.
Penulis utama kajian itu, Stephen Kissler, berkata pelanjutan kepada amalan penjarakan sosial amat diperlukan bagi memastikan rakyat AS terlepas daripada wabak berbahaya ini.
“Kami mendapati amalan penjarakan sosial ini tidak boleh dilakukan sekali sahaja, ia tidak mencukupi untuk mengelakkan jangkitan COVID-19 dalam keadaan kapasiti bagi penjagaan kesihatan di AS amat terbatas,” katanya.
“Apa yang amat perlu dilakukan ketika ini dalam keadaan tidak ada jenis rawatan lain adalah terus melanjutkan tempoh penjarakan sosial,” katanya. - AFP

Tiada ulasan:
Catat Ulasan