Nik Muhammad Ihsan Nik Salleh
Ingin mencari kerja di ibu kota, itu alasan yang diberikan oleh
seorang warga asing yang didapati berada dalam bas dua tingkat RapidKL
ketika pemeriksaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera
Malaysia (ATM) di Jalan Ampang hari ini.
Bagaimanapun alasannya itu tidak diterima pihak berkuasa yang membuat
sekatan jalan raya berikutan pelaksaan Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP).
Sebaliknya lelaki diarahkan turun dari bas yang dinaikinya dan segela pulang ke rumah.
Terdahulu sebanyak dua trak tentera dan sebuah kenderaan Toyota
Pajero bergerak daripada Ibu Pejabat Daerah (IPD) Dang Wangi ke kawasan
Ampang untuk tujuan pengawalan.
No comments:
Post a Comment