GEORGE TOWN – PKR Pulau Pinang hari ini memberi amaran akan mengambil
tindakan tegas terhadap ahlinya yang belot dan mencemarkan nama baik
parti itu.
Pengerusi PKR Pulau Pinang, Muhammad Bakhtiar Wan Chik berkata, Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Pulau Pinang mendapati beberapa cabang parti melakukan aktiviti politik khianat itu dan ia mendapat liputan media.
“Melihat kepada kenyataan yang disebut oleh pihak ini, kami
ingin menegaskan bahawa terdapat kepincangan serta percanggahan maklumat
yang nyata berkenaan jumlah anggota yang akan dan telah keluar parti
dari setiap cabang,” katanya dalam satu kenyataan.
Pengerusi PKR Pulau Pinang, Muhammad Bakhtiar Wan Chik berkata, Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Pulau Pinang mendapati beberapa cabang parti melakukan aktiviti politik khianat itu dan ia mendapat liputan media.
Sabtu lepas, sembilan cabang di negeri ini dengan jumlah keseluruhan
2,500 ahli dilaporkan mendakwa keluar daripada parti itu. Sembilan
cabang itu ialah Jelutong, Tanjong, Balik Pulau, Bayan Baru, Bukit
Gelugor, Tasek Gelugor, Bagan, Batu Kawan dan Nibong Tebal.
Muhammad Bakhtiar yang juga Ahli Parlimen Balik Pulau juga berkata, parti itu telah menerima aduan berkenaan penularan video yang bertujuan membuat provokasi terhadap kepimpinan parti dan laporan serta aduan berhubung perkara itu akan diserahkan kepada Lembaga Disiplin Parti.
Dalam pada itu, Muhammad Bakhtiar berkata, pemimpin dan ahli PKR Pulau Pinang sentiasa memberi sokongan penuh kepada penyatuan serta kerjasama gabungan Pakatan Harapan (PH) sama ada di peringkat negeri mahupun pusat. – Bernama

No comments:
Post a Comment