Tuesday, March 26, 2019

Tipu dokumen antara kes berkaitan PTPTN di IPTS pada 2016-2018

THE MALAYSIAN TIMES
 


KUALA LUMPUR, 25 Mac: Kes penipuan dokumen adalah antara lima kes berkaitan pinjaman pendidikan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) antara tahun 2016 dan 2018, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching berkata dalam kes penipuan dokumen itu, IPTS terbabit telah memendekkan tempoh kursus pengajian daripada enam semester kepada lima semester sahaja.

“…dan IPTS itu membuat tuntutan untuk enam semester. Dalam kes ini, kementerian telah menggantung bayaran kepada pelajar baharu dan IPTS itu diminta membayar balik kesemua bayaran yang PTPTN telah lepaskan kepada IPTS tersebut,” katanya.– Bernama

No comments: